Friday, October 21, 2011

Kek Gula Hangus Sakinah Omar


Kebelakangan ni asyik dok buat kek Barat aje.Tapi sejak 2 hari lepas ibu mertua saya sebut nak makan Kek gula hangus yang biasa saya buat untuknya.Walaupun saya ingat-ingat lupa saya try jugak buat.Mujur ada catatan di main blog saya.
Resepi ni saya dapat sewaktu masih menuntut di Mekah.Dulu inilah satu-satunya kek yang saya tau buat.Tak pernah buat kek lain.Tak berani.Huhuhu...
Jom tengok bahan-bahannya...


Bahan A
2 cawan gula pasir
1 cawan air

Bahan B

6 biji telur saiz A
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar majerin

Bahan C

1 cawan tepung gandum
2 sudu teh bikarbonat of soda

Caranya.

1.Masukkan gula ke dalam kuali/periuk dan gorengkannya sehingga gula cair. Teruskan mengacau sehingga gula berukar menjadi warna perang dan mula berbuih ( lihat gambar di bawah ). Bila gula dah hangus beginilah yang dinamakan caramel. Masukkan air dan kacau lagi. Hati-hati kerana air gula yang panas mudah merecik.


  1. 2.Asingkan dan sejukkannya.
  2. 3.Pukul bahan B ( telur + esen vanilla + susu pekat + majerin ) sehingga semuanya kembang.
  3. 4.Ayak bahan C.
  4. 5.Dalam satu mangkuk besar masukkan bahan A diikuti bahan B. Gaul rata.
  5. 6.Masukkan sedikit demi sedikit bahan C yang telah diayak tadi.
  6. 7.Gaul rata dan pastikan tidak ada tepung yang masih berketul.
  7. 8.Masukkan ke dalam loyang dan kukuslah sehingga masak. Boleh juga dibakar kalau mahu.



Saya kukus dalam loyang sebegini

Setelah sedikit sejuk saya terbalikkan

Siap dipotong untuk dihidang

Yum!Yum!


No comments: