Tuesday, August 2, 2011

Talam Pisang

Salah satu resepi kuih Melayu yang telah saya cuba baru-baru ini adalah kuih Talam Pisang.Memang sedap sungguh.lembut tetapi masih utuh dan cantik bila dipotong.Sehinggakan seorang mak sepupu saya menempahnya baru-baru ini.Semalam pula saya membuat satu adunan dan bila siap membahagi-bahagikan kepada jiran tetangga sempena bulan Ramadhan yang mulia.
Jom kita layan resepinya.
Bahan-bahannya:

Bahan lapisan bawah:
3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan pisang dilecek
Garam secukupnya
Caranya:
  1. Semua bahan kecuali pisang lecek disatukan dan ditapis. Masak diatas api perlahan, Masukkan pisang lecek.
  2. Bila nampak naik wap atau sedikit pekat masukkan kedalam loyang.
  3. Kukus dalam 15 minit.
Bahan lapisan atas:
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
Sedikit pewarna kuning
Garam secukupnya
Cara-caranya:
  1. Semua bahan disatukan dan ditapis. Masak diatas api perlahan.
  2. Bila nampak wap naik masukkan keatas lapisan pisang tadi. Sebelum itu carik dengan garfu diatas lapisan pisang tadi.
  3. Tuang adunan keatas lapisan pisang dan tutup.
  4. Kukus lagi dalam 20 minit.
  5. Sejukkan baru dipotong.

4 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm Sakinah. Terima-kasih ya kongsi resepi yg mmg baik sekali, sedap! Along dah cuba & panjangkan resepi nya di blog Along juga.

Sakinah Omar said...

Sama-sama Along.Its my pleasure.

MidahCakeHouse said...

askum kak,nak cubelah resepi akak ni nampak sedap......

Faez said...

Assalamuailaikum.sakinah. mcm sedap aje ni. Nampak pun menarik