Monday, August 15, 2011

Apam salju

Sabtu lepas saya dan anak-anak berbuka di rumah mak saya di Keramat.Kami dah plan hendak ke Masjid UIA malam tu untuk solat Terawih.Rasa sangat rindu sebab lama tak pergi.4 tahun berturut-turut kami menjadi pengunjung setia masjid ini.Tahun ini dek kerana jarak(setelah berpindah sepenuhnya ke Bukit Jelutong) tak dapat la kami ke sana lagi.
Macam-macam bekal saya bawa ke rumah mak saya haritu.Antaranya apam salju ni.Umamah dah berapa hari minta dibuatkan.Jadi kerana meraikan dia yang belum tinggal puasa saya pun buatlah.Banyak hasilnya jadi saya bawa ke masjid untuk dibahagi-bahagikan bersama jemaah.

 Jom tengok resepinya.


3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan nasi
3 cawan air
1 3/4 cawan gula
1 paket yis segera


1/2 biji kelapa parut putih putih
sedikit garam


Cara-caranya:


  1. Satukan tepung,gula dan yis ke dalam bekas.Asingkan
  2. Kisar nasi dan air hingga lumat.Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati
  3. Perapkan adunan selama 1 jam.
  4. Kukus di dalam adunan yang telah disapu minyak atau panaskan adunan dahulu untuk mengelakkannya melekat.
  5. Kukus selama 10-15 minit.
  6. Sejukkan betul-betul sebelum dikeluarkan
  7. Makan bersama kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam.



No comments: