Ini adalah salah satu kueh yang telah saya cuba beberapa minggu yang lepas tapi tak sempat nak update.Hari itu saya ke pasar dan ternampak ubikayu yang cantik-cantik gebunya.Teringan pulak nak makan talam ubikayu dengan gula merah.Godek-godek resepi akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi dari dapur Kak Raihan.Sedap dan sangat memuaskan hati.Cubalah!
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
2 cawan ubi kayu siap diparut halus
1/2 cawan air gula melaka (1/2 keping gula melaka dimasak dengan 1/2 cawan air)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir
Cara membuatnya:
Lapisan Bawah
2 cawan ubi kayu siap diparut halus
1/2 cawan air gula melaka (1/2 keping gula melaka dimasak dengan 1/2 cawan air)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir
Cara membuatnya:
- Panaskan pengukus.
- Gaul sebati semua bahan didalam mangkuk.
- Ratakan ke dalam loyang berukuran 7/ 8 inci.
- Kukus 15 minit dengan api kuat.
2 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam
Cara membuatnya:
- Bancuh rata semua bahan dengan whisk.
- Apabila lapisan bawah masak, tapiskan adunan lapisan atas dan kukus lagi 15 minit.
- Apabila masak, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dihidang..
No comments:
Post a Comment