Wednesday, August 10, 2011

Kuih Qasidah Kedah

Assalamualaikum,
Baru pulang dari klinik kerana pening-pening loya.Tak...saya tak hamil!Cuma kurang tidur menyebabkan saya jadi begini.Bukan tak tidur langsung.Tidur je,cuma tidur tu tidak berkualiti.
Tapi sekarang lebih baik.Teringin pula rasanya nak buat kuih ni.Lagi pun rasanya mak mertua saya dah lama tak makan sedangkan dia suka kuih ni.Apa salah mencuba kan?Jadi tak jadi belakang kira..
Kuih ini rasanya berasal dari Kedah sebab saya tak pernah jumpa kuih ni kat tempat lain.Ahaks.
Jom layan resepinya.Saya ambil dari dapur Puan Raihan.Terimakasih ya.

Bahan-bahannya.
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam (sedikit je)
1 sudu teh air kapur- cair


Bahan untuk ditabur:
5 ulas bawang merah ros, dihiris nipis

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk. Gunakan api perlahan.

2. Kacau sentiasa adunan di atas api sehingga adunan pekat dan berkilat.
3. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Sejukkan 30 minit.

4. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng bawang hingga keperangan. Tuang bawang dan minyaknya sekali ke atas kuih yang telah disejukkan tadi. Masukkan ke dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidang.



2 comments:

Liza said...

Salam Sakinah.

Teringat kat arwah Wan Bun,sukalah sgt dengan Qasidah..selalu suruh umi buat.insyaAllah umi nak buat sekali dlm Ramadhan ni.

Sakinah Omar said...

Wslm,
My mum-in-law enjoyed it too.Memang tak jumpa kat KL ni.Its so simple tapi sungguh memuaskan hati.Nah sendiri tak tau makan berapa ketul tadi.Ahaks.
Do try it and inform me OK?
Selamat berpuasa.