Sunday, August 7, 2011

Nasi terbalik-Ruz maqlubah-Upside down rice

Anak-anak pulang ke rumah minggu ini.Jenuh Umminya memikirkan sesuatu yang istimewa untuk dimasak.Akhir sekali dapat ilham nak buat Ruz Maqlubah atau Nasi Terbalik.Kenapa ianya dipanggil Nasi Terbalik?Sebab ianya diterbalikkan dari periuk apabila nak dihidangkan.Ahaks.
Resepinya bolehlah dilihat di sini.
Cuma kali ini saya menggunakan daging.Saya rebus daging hingga empuk.Kemudian saya tumis bawang besar dan sedikit bawang putih.Kemudian saya masukkan rempah Maqlubah dan masukkan daging dan juga rebusannya.Saya bernasib baik kerana anak angkat saya Shukriah Ismail yang sedang belajar Dentistry di Jordan telah menghadiahkannya kepada saya rempahnya sewaktu beliau berkunjung ke rumah 2 bulan lepas.Thanks Shuk!
Sayur biar banyak.Dan lapiskan semua bahagian bawah dengan terung.Saya dapati terung tidak melekat ke punggung periuk berbanding kentang.
Layerkan sayuran kemudian beras Basmathi yang telah direndam.Tekan-tekan sikit beras tu supaya mampat.Air biar lebih sikit dari beras sahaja.Masak dengan api yang perlahan lebih kurang 45 minit.Ini ialah kerana kita tak mahu semua sayuran bersepah jika air mendidih.

Maaf kualiti gambar yang kurang baik.Jurugambar pun masih amatur lagi.



Kali ini saya makan nasi ini dengan Acar timun Yogurt.Mudah aje.Sagat timun,masukkan yogurt dan sedikit garam dan lada hitam.Nak tambah umph boleh letak daun pudina sikit.Tak ketinggalan sambal tomato.

Saya goreng badam hiris dan kismis sebagai hiasan.Nak letak banyak lagi tapi anak-anak plak tak suka.Huhuhu.

Boleh juga lihat di sini.

No comments: