Thursday, June 23, 2011

Roti Sardin Goreng Versi ~Sakinah Omar~


Assalamu 'alaikum pembaca semua.Sihat ke hari ini?Saya harap semuanya sihat hendaknya.Pagi ini saya menyediakan satu sarapan yang mudah,ringkas,cepat dan berkhasiat untuk anak-anak yang nak ke sekolah.Bahan-bahannya pun mudah didapati.Boleh juga dimakan di waktu petang atau bila-bila masa sahaja.Ingin saya kongsikannya di sini.

Bahan-bahanany:
Sardin dalam tin ( Saya guna Ayam Brand)
Bawang besar (dihiris halus)
Asam limau dan garam (secukup rasa)
Gaulkan kesemuanya dalam bekas.

Roti putih (saya menggunakan roti yang telah saya bakar sendiri)
Telur (dicampur sedikit air dan garam)
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1.Sapukan sardin ke atas sekeping roti.Letakkan sekeping lagi di atasnya seperti sanwic.
2.Potong roti itu separuh.
3.Celupkan ke dalam telur.
4.Goreng dalam minyak yaang sederhana panas.

Dah siap.Lebih sedap dimakan sewaktu panas.

Untuk pencicah,saya mencampurkan mayonis dan sos cili.
Emm...lazat.Cubalah!

No comments: