Assalamua'alaikum semua.Semalam ramai sungguh dirumah kami.Kakak ipar dari Kedah datang bersama dua orang anaknya dan cucunta Hanan.Adik angkatku Dayang Norhayani dari kelantan datang bersama bekas pelajar kami Nik Tasnim.
Mulalah saya mencari resepi apa pulak yang nak dicuba.Kebetulan pula Dayang juga nak datang buat muffins.Jadi setelah puas surf saya pilih untuk buat muffin ini.Bahan-bahan pun ada dah.Jadi sementara bibik ibu mertua saya menggoreng nasi saya pun terus proses buat muffin untuk sarapan.Dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.Tambah seronok buat muffin ni.Rasa sedap tapi nak buat tak susah.kita tengok bahan dan caranya.
Bahan-bahan:
BahanA (Diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam
BahanB (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar
Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis
1/2 cawan almond cincang
* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin
Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 25min -30min, bergantung kepada oven masing-masing.

Rasanya sungguh lemak bercoklat.Lebih-lebih lagi dengan kismis dan badam yang men
No comments:
Post a Comment