Monday, June 27, 2011

Home-made Pizza

Assalamualaikum,
Sewaktu ramai-ramai berkumpul di rumah saya minggu lepas,kami telah membuat pizza.Mudah sangat bila guna instant base yang dijual di Bagus. 
Doh pizza dah habis tapi semua bahan topping masih ada.Jadi saya buat keputusan untuk mencuba membuat doh sendiri.Biasa la,sebelum buat apa-apa saya mesti berguru dengan Pakcik Google dahulu.Belajar bagaimana nak uli sehinggalah untuk meletak topping.Bila dah yakin barulah saya memulakan operasi...hehehe.
Saya menguli menggunakan tangan sahaja.Namun hasilnya tidak mengecewakan.
Jom kita lihat bahan-bahannya.



2 cawan tepung gandum
2 st yis segera
1/2 st garam
1 st gula
2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli

Caranya:
  1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  3. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  4. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masukkan doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang.
  5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.                                                                                                    
  6. Untuk topping saya menggunakan sos spaghetti Kimball (mode malas).1 saya buat dengan salami dan sosej ayam.Ditabur serbuk oregana dan lada hitam.Ditambah dengan hirisan lada benggala serta bawang besar.Yang 1 lagi saya letak tuna mayonis sederhana pedas serta hirisan nenas serta hirisan bawang.Tak lupa akhir sekali ditabur dengan keju mozzarella yang memang mengancam tu.
  7. Pizza dibakar pada suhu 200c selama 20 minit.

Yang sebelah kiri tu ber'topping'kan salami dan sosej.Yang sebelah kanan tuna dan nenas.
Siap dibakar...Cepat dan ringkas...Bon appetite~

No comments: