Monday, June 20, 2011

Puding Karamel Roti - Bread Caramel Puding

Assalamualaikum pembaca semua. Ibu mertua saya baru check in hari Selasa lepas. Dia strok tapi Alhamdulillah selera makannyaHari ini tak tahu apa nak jamu dia. Lalu teringat saya pernah ternampak resepi ini. Jadi pagi ini saya mencarinya.
Resepi ini mudah dan ringkas. Dan yang pastinya SEDAP!
Bahan-bahannya:
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla


                            
 Cara- caranya:
1. Hanguskan gula di dalam kuali. Bila sudah mula berbuih,masukkan air lalu sebatikan.Masukkan ke dalam loyang pembakar.
2. Carik-carikan roti kemudian blend bersama air suam dan susu.
3. Pecahkan telur dan kacau 'manja'. Tapiskan.
4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
5. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus.
6. Bakar di dalam oven mengikut kaedah bain marie dengan suhu 175c selama 40 minit. Boleh juga dikukus jika mahu.
                                 

Sejukkan sebelum dimakan...Selamat mencuba!

No comments: