Assalamualaikum pembaca budiman.
Semalam ramai betul yang berkumpul di rumah saya.Kakak ipar dari Kedah datang bersama dua orang anaknya dan seorang cucu.Datang menziarahi ibu mertua saya yang berada di rumah sekarang.
kemudian adik angkat saya Daya Norhayani bersama bekas pelajar kami nik Tasnim pun datang juga.
Memang full house. Tapi seronok sungguh.
Saya pun mulalah surf untuk mencari resepi apa untuk dihidangkan.Tajamkan skil la kono.Ahaks.
Hati berkenan pada resepi ini.Kebetulan bahan-bahan semua ada.Jadi saya pun mencuba membuatnya untuk sarapan pagi.
Memang sangat puas hati.Mari kita lihat bahan-bahannya.
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam halus(digaul dan diayak)
2/3 cawan mentega (lebih kurang 170 g)
1 1/3 gula perang
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
Inti(digaul dengan tepung)
1/2 cawan coklat chip
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kepingan badam
Sedikit kepingan badan dan coklat cip utk hiasan
Cara membuatnya :
- Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed, tuang susu dan esen vanila, pukul hingga rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar sekadar semua sebati sahaja.
- Masukan kepingan badam, kismis dan coklat chip yang telah digaul dengan tepung tadi, gaul dengan menggunakan spatula sehingga rata.
- Isi dalam acuan muffin pilihan sebanyan 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan kepingan badan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selamat 25 - 30 minit, bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing-masing.
No comments:
Post a Comment