Sejak dua menjak ni seronok benar nak membuat roti.biasanya saya akan mencari resepi yang bahan-bahannya mudah dicari dan tak terlalu rumit nak buat.Jadi baru-baru ni saya terpaut nak buat marble bread selepas menyinggah ke My Resepi.com.Macam-macam ada kat sini.Dan yang saya suka ialah sebab dia ada testimoni orang yang dah try resepi tu.jadi kita yakin resepi tu menjadi.
Di bawah ni saya sertakan resepi Roti Marmar(Marble Bread) yang telah dapat saya buat dengan jayanya pada kali pertama.
· 200gram tepung roti
· 50 gram tepung gandum
· 1 sudu besar butter atau marjerin
· 140 ml susu segar
· 1 sudu kecil yis
· 2 sudu besar gula
· 1/2 sudu kecil garam
· 2 sudu besar susu manis ( *saya tambah sendiri kerana nak rasa yang lebih manis.
Tiada dalam resepi asal.)
· 1 sudu kecil bread improver
· 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
Untuk resepi asal dengan gambar-gambar yang lebih jelas dan banyak tentang cara untuk membuatnya,boleh lihat di sini.
No comments:
Post a Comment