Monday, May 16, 2011

Kek Pisang Gebu Dengan Cip Coklat

Teringin nak buat kek pisang.Puas saya berjalan dari 1 blog ke 1 blog.Salin rasanya 3 resepi Kek Pisang yang berbeza tapi akhirnya buat keputusan untuk buat resepi ini.Mudah dan ringkas.Dan hasilnya nampak cam sedap jer...Huhuhu
So jo kita layan resepi ni dulu ya yang saya ambil dari dapur Ros. Tapi saya dah olah sikit.Terima kasih kerana berkongsi resepi ni ya Ros.

Bahan-bahannya:
2 cwn tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
1 s/k baking powder (saya guna 1/2 sudu sahaja)
1 s/k soda bikarbonat (saya guna 1/2 sudu sahaja)
1 cawan gula (boleh dikurangkan sebab sukatan ni manis sangat bagi saya)
3 biji pisang yang telak dilenyek (saya guna 6 biji pisang emas)
1/2 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
esen vanila
2 biji telur
2sb cip coklat (tiada dalam resepi asal)

Caranya:

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, cipmasukkan coklat selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Baru keluar dari oven

Setelah dipotong.Yang cokelat gelap tu coklat cip untuk tambah kesedapan
Kebetulan ada chocolate topping lebih dari kek coklat yang saya buat untuk jamuan Hari Guru anak-anak dara saya jadi saya tuang keatas Kek Pisang ni.They say chocolate goes well with bananas so why not?Ahaks.Delicious.

No comments: