Thursday, May 19, 2011

Doh Asas

Sejak mula seronok meroti saya banyak mencuba resepi-resepi yang telah dikongsi di internet ni.Dalam banyak-banyak resepi yang saya cuba,saya paling suka hasil dari resepi ini.Dari doh asas ini anda boleh letak apa sahaja inti yang anda kehendaki mengikut selera dan kreativiti anda.Nak letak sambal bilis ke,sadin ke,kaya ke,blueberry ke....boleh belaka.Saya. ambil ni dari dapur Kak Nor

Saya menggunakan BM (Breadmaker) untuk resepi ini.Tapi kalau tak ada BM pun jangan susah hati...Uli je dengan tangan.

Bahan-bahannya:
380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula kastor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sedikit
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Caranya:
1.Masukkan bahan basah iaitu air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM).
2.Masukkan mentega dan shortening.
3.Selepas tu masukkan bahan-bahan kering seperti tepung dan susu tepung.
4.Masukkan gula dan yis.
3.Tekan suis on pd BM dan setkan pada mode dough.
4.Tekan start dan biarkan ia menguli.
5Biarkan sehingga proses menguli selesai.
6.Setelah doh naik,tumbuk untuk keluarkan angin.
7.Bentukkan doh anda dan masukkan inti yang anda kehendaki.
8.Susun di atas talam pembakar dan biarkan ianya naik sekali lagi.
9.Sapukan sedikit telur yang telah dikocok di atas doh sebelum membakar.Ini akan memberi kilatan yang menarik kepada doh apabila sudah masak.
10.Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 175C selama 12 minit atau sehingga doh keperangan.
11.Bila sudah masak biarkan seketika di dalam ketuhar sebelum dikeluarkan.Haba panas di dalam ketuhar akan memberi kesan perang yang rata pada roti.

Baru keluar dari oven.



Lembut dan gebu


Bagi yang tak ada Breadmaker jangan gusar.Uli aje dengan tangan.Hasilnya tetap memuaskan insya Allah.




No comments: