Saturday, May 28, 2011

Kek Coklat Kukus/Bakar

Pada hari Rabu lepas,saya mendapat tahu yang adinda saya Husna Hasan akan ke rumah untuk bantu setting pada iPad2 yang baru menyinggah di teratak kami.Saya amat tergesa-gesa kerana hendak keluar untuk menjalani rawatan harian saya di pusat Ceragem di Subang Jaya.
Jadi saya menyelak helaian dari buku resepi saya yang sekarang sudah mencapai 3 buah (guna buku latihan lama anak-anak jer).
memandangkan bahan yang sedia ada di rumah saya pun bertekad untuk buat kek coklat ni.Mengikut resepi asal,kek ini dikukus.Tapi saya kesuntukan masa jadi saya bakar.sewaktu saya keluar rumah apinya masih on.Saya tawakkal sahaja.
saya turunkan resepinya di sini.Saya tak ingat dari mana saya salin resepi ini.Puas cari tak ketemu juga.Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan hati saya.
Bahan-bahannya:
Bahan A
2 biji     telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan B
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawav susu segar coklat
2 sudu besar horlicks

Bahan C
2 sudu kecil soda
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum







Cara membuatnya:
  1. Kacau bahan-bahan A sehingga sebati.
  2. Sebatikan bahan-bahan B.
  3. Ayak bahan-bahan C.
  4. Satukan bahan A dan B.
  5. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit.Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
  6. bakar dalam ketuhar dengan suhu 170c selama 1 jam atau kukuskan.

 Jika mahu boleh juga buat topping menggunakan bahan-bahan berikut.
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Kacau semuanya sehingga sebati dan hiaskan di atas kek.

No comments: