Thursday, May 19, 2011

Kek Pisang Cokelat

Menziarahi seorang teman baru-baru ini,sahabat saya Rafidah Rashid telah membawa kek pisang yang telah dibakarnya sendiri.Istimewanya kek pisang ini kerana ianya 'double-layered' dan bahagian atasnya ditaburi chocolate chips.Saya benar-benar suka dengan rasanya lantas meminta resepi kek pisang tersebut.
                          

Saya kongsikan di bawah ini resepinya.

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan mentega
1 biji telur
1 cawan gula
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga adunan bertukar warna kuning pucat.
2.Campurkan mentega yang telah dicairkan.Pukul lagi.Asingkan
3.Lenyek pisang dan asingkan.
4.Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.Asingkan.
5.Masukkan adunan mentega+telur+gula ke dalam satu bekas.
6.Campurkan pisang yang telah dilenyek tadi.
7.Kemudian campurkan tepung yang telah diayak.Kaup balikkan adunan.bila suda sebati bahagi kepada dua bahagian dan masikkan serbuk koko ke dalam satu bahagian.Kaup balikkan sehingga adunan sebati.
8.Leserkan bekas pembakar denga sedikit mentega.Saya menggunakam loaf pan untuk membakar.Kalau tak ada,anda boleh menggunakan apa-apa tin pembakar yang sesuai.
9.Lapiskan adunan tadi.Yang bersama cokelat di bawah.Akhirnya taburkan chocolate chips di atasnya.
10.Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 1/2 jam atau sehingga masak.(cucukkan lidi di tengahnya.jika lidi keluar licin,kek sudah masak.

Anda akan pasti tertarik dengan haruman yang terbit ketika kek ini dibakar.
Selamat mencuba!

No comments: