Harini saya berpuasa sunat hari Isnin.biasanya setalah hari minggu asyik masak aje,hari Isnin saya 'take a break dari memasak.Tapi memandangkan anak-anak semuanya berada di rumah kerana bercuti,nak tak nak kena la masak jugak.
Cara-cara :
Tengahari masak simple aje.Sup tulang,ikan kerisi goreng,selar masak kicap pedas,ulam dan budu.setel!
Tapi dah petang baru terasa nak buat itu ini.Godek punya godek blog-blog resepi,saya ingat nak try puding karamel ni.Biasanya yang saya buat tak guna kentang dan cuma dikukus.Ada saya letakkan resepinya di blog utama saya.Boleh rujuk sini.
Yang ini dibakar.Teruja rasa nak cuba.Ianya dibakar dengan cara Bain-maree.Kalau nak tahu caranya,bolehlah lihat video ini.
Karamel
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/4 cawan air panas
- 1/4 cup sugar
- 1/4 hot water
Cara-cara :
- Hanguskan gula sehingga keperangan.Bila gula sudah mula berbuih masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Biarkan semuanya sebati.
- Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
To make the caramel:
- Caramel the sugar in a pan.When bubbles appear,add in the hot water.Mix well.
- Put the caramel into your bowl.Let it cool for a while.
Puding :
- 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)-Saya tidak menggunakan kentang lecek tetapi mengunakan 2 sudu besar serbuk kentang)
- 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
- 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
- 1/4 cawan air
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
The pudding:
- 1 medium sized potatato.(Peeled,diced and boiled until soft) I used 2 tbs of potato granules and added some warm water until it became a paste.
- 5 eggs (beat a little).
- 1 1/2 cups of evaporated milk
- 1/4 cups of water
- 1/2 cup of sweetened condensed milk
- 1 tsp of vanilla essence
Cara-cara / Method
- Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. (Campurkan serbuk kentang bersama air panas sehingga menjadi pes) Blend well all the ingredients (except the eggs).
- Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.Slowly whisk in the eggs.We don't want a lot of bubbles in the eggs.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.Pour it it the bowl with caramel.
- Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)Place the bowl in a larger baking pan.Pour in hot water and place it in the oven.This is called the bain-maree method.
- Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.Bake it at 160-170C for 40 minutes.
- Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Let it cool before turning it uoside down on a serving plate.