Tuesday, July 19, 2011

Apam Beras Lagi!

Demam kuning melanda minggu lepas dan setiap hari saya akan membuat 1 kueh kuning.Dah beralih mood dari meroti ke membuat kueh Melayu.Jadi saya mulakan dengan membuat apam beras sekali lagi.Kali ini saya tambajhkan airnya dari resepi asal.Ternyata hasilnya cukup memuaskan kerana hasilnya lebih lembut.
Boleh lihat resepinya di sini.
Buat dalam bekas lompang.Pastikan bekas dipanaskan dahulu dalam kukusan sebelum memasukkan adunan.


Sebahagiannya saya letak dalam bekas apam

Dimakan dengan kelapa parut putih yang dicampur garam.Enak!

No comments: