Sunday, July 17, 2011

Apam Pisang Cokelat/ Chocolate Banana Apams

Assalamu'alaikum semua dan salam sejahtera.
Semalam kami sekeluarga telah mengahdhiri kenduri sepupu saya di Sungai Petani,Kedah.
Bertolak dari rumah pada jam 8.30 pagi dan sampai sana jam 12.Pusing-pusing cari jalan nak ke rumahnya(boleh pulak silap jalan sebab dah lama tak ke sana) dan tiba di rumah pakcik saya pada jam 12.30 tengahari.Terus dibawa makan dan selepas makan berjumpa saudara-mara yang lama tak ketemu lalu bertolak pulang jam 2.30 petang.Ada seorang saudara memberi kami pisang dan rambutan.Apa lagi,hari ini saya mengodek mencari resepi kueh yang menggunakan pisang.Tak larat nak makan muffins dah.Badan pulak terasa amat penatnya jadi saya memilih untuk membuat apam ini.Mudah ringkas namun sangat menyelerakan.
Jom lita lihat resepinya.
Sumber asal dari Myresepi.org
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum   2 cups of flour
2 sb serbuk koko             2 tbs of cocoa powder
1 st soda bikarbonat         1 tsp of soda bicarbonate
1 st serbuk penaik            1 tsp of baking powder
1 st garam                        1 tsp of salt
1 cawan pisang lenyek      1 cup of mashed bananas
1 cawan minyak masak (Saya guna 3/4 cawan sahaja)   1 cup vege oil (I used 3/4 cup)
1 1/2 cawan gula perang    1 1/2 cup brown sugar
2 biji telur                           2 eggs


Caranya Method
  1. Panaskan kukusan.Heat the steamer
  2. Ayak tepung gandum,serbuk penaik,soda dan serbuk koko. Sift flour,soda bicarbonate,baking powder and cocoa powder into a bowl.
  3. Dalam bekas lain pukul telur dengan gula perang kemudian masukkan minyak dan akhir sekali pisang yang telah dilenyek.Kacau hingga sebati.In another bowl whisk eggs and brown sugar.Then add in oil and lastly the mashed bananas until well blended.
  4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kaup-balikkan sehingga sebati.Put the wet ingredients into the wet ingredients and mix well.
  5. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 15-20 minit dengan api yang besar.Put batter into small cups and steam for about 15-20 minutes on high fire.

No comments: