Monday, December 5, 2011

Kek Durian Harimau Muda

Baru-baru ini ada salah seorang pelajar suami saya datang menghantar lebih kurang 10 biji durian ke rumah kami.Saya pun tak sempat jumpa siapa yang hantar sebab Salman yang menyambutnya.Tau makan je.Huhuhu.
First round makan saje.Pastu buat pengat.Pastu buat kek.Biasa la nak buat satu kek,habis dapur orang saya masuk.Kebanyakan semuanya pukul telur putih dan kuning asing-asing.Satu ni aje yang pukul sekali.Biasalah,saya yang malas ni pilih yang mudah je.Masa siap bancuhan tu nampak ringan dan cantik.Tapi bila siap ianya agak bantat.Mungkin kerana durian tu berat kot.Ataupun pintu oven dibuka cepat sangat.Saya terpaksa tinggalkan kek yang belum dimasak kerana terpaksa keluar mengambil anak di Kelana Jaya.Pesan kat bibik je suh tengok-tengokkan.Bibik pulak tak biasa lagi.So gitulah.
Tapi tak kisah sangat sebab kek ni sangatlah lemak berkrimnya.Sape nak jaga berat badan tolong jangan makan tau!
Saya ambil resepi ni dari dapur Madiha.Makasih banyak ya.Saya copy paste ni dari blognya.
Melihat kepada 'belangnya' saya namakan kek ini Kek durian 'Harimau Muda'.Terkesan jugak saya selepas pertandingan antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.Hehehe.


1 cawan isi durian 
1 cawan susu segar 
1 cawan mentega cair 
3 butir telur gred A 
1 cawan gula halus 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu soda 
1 sudu serbuk penaik 



1. Ayak tepong, soda bikarbonat & baking powder sebanyak 3 kali.  Ketepikan.
2. Kisar isi durian, susu segar & mentega cair sehingga halus.  Panaskan oven 170C & griskan loyang dengan marjerin & taburkan tepong sehingga rata. Buang lebihan tepong.
3. Pukul telur dengan gula sehingga benar2 kembang & gebu.
4. Masukkan sebahagian bahan2 yang dikisar halus & kacau rata.  Masukan lebihannya dan kacau lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan spatula sehingga sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.  Satu bahagian dicampurkan dengan coklat emulco & kacau rata.  Satu bahagian lagi dimasukkan dengan pewarna kuning & kacau rata.
7. Sudukan 3 sudu besar adunan warna coklat.  Sudukan 3 sudu besar adunan warna kuning di atasnya.  Sudukan lagi 3 sudu & diikuti dengan 3 sudu lagi adunan secara bergilir2.  Ulangi sekali lagi proses yang sama.  Step yang ke empat.. sudukan pula 2 sudu besar adunan seterusnya & ulangi sehingga 3 kali ulangan.  sudukan 1 sudu besar untuk pusingan yang seterusnya sehingga adunan habis.  Hentak2kan sedikit loyang supaya adunan turun & rata.
8. Bakar (api atas bawah) dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak (suhu & masa membakar kek bergantung oven masing2). Untuk menguji kek sudah masak.. cucukkan ditengah2 kek dengan lidi penguji sekiranya lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.




Sebelem masuk oven.

Mmmm...Menawan!

Suka tengok jalur-jalurnya.

Silakan!
~Bon appetite~

No comments: