Tengahari semalam sambil berehat saya menjenguk ke blog Azlita Aziz. Saya jadi ralit melihat gambar-gambar makanan yang dia masak.Memang sangat menarik.Dan resepinya pun sedap-sedap jugak.
Saya saje tengok-tengok resepi di bawah label Apam.Teringin nak mengapam pulak rasanya.Ada dua tiga yang berkenan di hati.Tapi akhirnya saya putuskan untuk buat Apam Guma Hangus ini kerana bahan serta cara membuatnya mudah serta tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.
Buat gula hangus dang bahan lain semua masuk dalam blender sahaja.Kukus pun sekejap.Saya letak dalam acuan apam yang aluminium tu.Ada sedikit baki tu yang masukkan dalam bekas lompang.Boleh jugak nak letak dalam mangkuk kertas.Tak sampai setengah jam semua beres.
Malah saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.Sangat ringan dan lembut.Ibu mertua saya dan semua anak-anak pun suka.Dah tak payah layan saya membebel banyak-banyak.Jom kita layan resepinya.
Terima kasih ya Ita sebab kongsi resepi ni.Akak copy paste jer ni.
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus.Pastikan gula sudah benar-benar 'hangus' dan mula berbuih sebelum memasukkan air.Masak sebentar lagi sehingga semuanya cair.
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak -Saya guna minyak canola
2 sudu besar marjerin-Saya suka guna majerin cap pelangi sebab teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.Saya cuma kukus selama 15 minit kerana menggunakan acuan yang kecil.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

- Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut. Kemudian sejukkan.
- Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.
- Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
- Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
- Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Masukkan adunan hingga 3/4 acuan sahaja |
Dia naik gubus-gebas gitu... |
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.Saya cuma kukus selama 15 minit kerana menggunakan acuan yang kecil.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
3 beradik.hehehe |
Inside view sikit. ~Bon appetite~ |
1 comment:
tempting! nak cuba lah ptg ni insyaAllah. hehe :D
Post a Comment