Assalamualaikum,
Sebagaimana yang dijanjikan,saya nak bagi satu resepi muffin yang sangat sedap dan berkhasiat kerana di samping ianya mengandungi susu segar dan telur,ianya juga mengandungi yogurt! pagi semala saya mencuba dua resepi serentak.Lepas ni kena slow down sikit buat muffin dan cari benda lain plak untuk dicuba.anak-anak sampai tak larat makan dah myffin.Hehehe...
Isk...Dok sembang jer.Jom layan resepi ni yang saya ambil dari dapur Izzahdaut.
Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb membumbung serbuk koko
1/2 cawan + 2 sb gula perang
1 biji telur- dikocok sedikit
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya:
1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat,serbuk penaik dan garam ke mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan gula perang dan coklat chip. Gaul semuanya sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain, sebatikan telur, susu segar, yogurt, minyak sayur dan essence vanilla.
4. Masukkan bahan basah ke dalam mangkuk tepung tadi.
5. Adunan sedikit cair.
6. Masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh atau hampir penuh.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Masya Allah...gebus dan comei sekali.Rasanya pun mmmm....!!