Assalamu'alaikum semua. Dah lama tak update blog ni. Sibuk dengan Ramadhan dan Syawwal.
Dah habis qadho dan Puasa Enam ke? Alhamdulillah saya dah pun menyelesaikan semuanya. Saya bermula dari hariraya kedua. Berterusan selama 17 hari. Terduga kesabaran sungguh. Namun dengan bantuan Allah sya berjaya mengharunginya juga.Dari trial dan error yang telah saya lakukan ketika membuat cinnamon rolls ini,kita perlu leperkannya agak nipis supaya dapat banyak gulungan untuk mendapat hasil yang enarik setelah dibakar. Ianya bukan sahaja kelihatan lebih cantik kesan gulungan yang banyak tetapi ianya juga akan naik tinggi di tengah. Ala-ala 'Cinnabon' gitu... Ahaks.
Kali ini saya dibantu anak dara saya Syaima' yang berusia 10 tahun.Saya cuma meleperkan doh dan dialah buat bakinya.
Jom layan resepinya.
Bahan-bahannya:
Rolls
1 cawan susu suam
2 biji telur
1/3 cawan majerin ~ cairkan ~
4 1/2 cawan tepung roti ( kalau tak ada boleh gunakan tepung serbaguna )
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula putih
21/2 sudu teh yis segera
Filling
Mentega
Serbuk kulit kayu manis
Kismis
Gula perang
Cheese cream frosting
125 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1/2 sudu teh vanilla
Cara membuatnya:
- Masukkan bahan-bahan 'rolls' ke dalam Breadmaker dan pilih butang 'Dough'.
- Jika anda menguli dengan tangan pastikan semua bahan sebati dan ulilah sehingga doh menjadi lembut.
- Setelah doh naik tumbuk dan keluarkan udara.
- Bahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar.
- Leperkannya menjadi bentuk segiempat tepat.
- Sapukan mentega.
- Taburkan kismis, gula perang dan serbuk kulit kayu manis.
- Gulungkan ketat- ketat sehingga ke hujung.
- Potong dengan lebar 11/2" setiap satu. Susun di atas loyang pembakar.
- Biarkan ianya berehat selama 10 minit.
- Bakar dalm ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 175 C selama 15-18 minit sehingga terbit bau dan warna roll sedikit keperangan.
- Setelah siap bolehlah disapukan cream frosting sementara rolls masih suam.
Siap disusun sebelum dibakar |
Setelah dibakar disapu cream cheese topping.Ianya akan cair sewaktu masih panas dan mengeras bila sejuk.Menambahkan kesedapan cinnamon Rolls ini.Tapi kalau tak ada pun sedap dah. |
Buat bekalan anak saudara Ku Basyirah ke asrama. |
No comments:
Post a Comment