Assalamualaikum semua.Lama sungguh saya tak update blog ini.Naik berhabuk dah.
Bagaimana raya pembaca semua?Harap-harap semua gembira
dapat bersama famili di hari yang mulia.Tahu saje la orang Malaysia ni puasa
sebulan raya sebulan gak.Open house berderet-deret.Jangan sampai terlepas puasa
6 pulak.Atur jadual elok-elok tau!
Dalam pertengahan bulan puasa baru ni Cik Ti menyerang
dapur saya.Antara mangsanya ialah wayar oven saya.Adeh...haritu baru je
teringat nak buat pavlova.Tekan suis tapi tak menyala pape.Tengok-tengok wayar
sudah kena gerit.Eiiyyyy geramnya!Jadi untuk raya baru ni saya tak dapat lah
baking pape.Membrowse kek kukus je.
Dan saya pun terjumpa resepi ni.Nak buat tak susah dan
sungguh memuaskan!Cantik dan sedap.Tu je saya boleh kata.Jom tengok
resepinya.Terimakasih kepada Yatie
BAHAN A
- 250 gm
cream cheese
- 60 gm
gula halus ( lebih kurang 4 sdb )
- 1 biji
telur
- 25 ml
air
- 1 sdb
tpng gandum
Cara-cara
- Pukul
cream cheese bersama dengan gula.
- Masukkan
telur diikuti dengan air dan tepung gandum.
- Biarkan
sebentar.
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sdk vanilla
2 sdb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sdk baking soda
1/2 sdk baking powder
Cara-cara
- Pukul
telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
- Setelah
kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam.
- Masukkan
air panas,susu dan minyak.
- Setelah
itu masukkan tpng gandum,baking soda dan baking powder yg telah diayak dan
gaul sebati.
- Biarkan
sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
Cara Memasak
- Panaskan
kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
- Sapukan
sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
- Letak
adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
- Tuang
adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
- Setelah
itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
- Sejukkan
dan boleh di hidangkan....
No comments:
Post a Comment