Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Apam Gula Hangus

Tengahari semalam sambil berehat saya menjenguk ke blog Azlita Aziz. Saya jadi ralit melihat gambar-gambar makanan yang dia masak.Memang sangat menarik.Dan resepinya pun sedap-sedap jugak.

Saya saje tengok-tengok resepi di bawah label Apam.Teringin nak mengapam pulak rasanya.Ada dua tiga yang berkenan di hati.Tapi akhirnya saya putuskan untuk buat Apam Guma Hangus ini kerana bahan serta cara membuatnya mudah serta tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

Buat gula hangus dang bahan lain semua masuk dalam blender sahaja.Kukus pun sekejap.Saya letak dalam acuan apam yang aluminium tu.Ada sedikit baki tu yang masukkan dalam bekas lompang.Boleh jugak nak letak dalam mangkuk kertas.Tak sampai setengah jam semua beres.

Malah saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.Sangat ringan dan lembut.Ibu mertua saya dan semua anak-anak pun suka.Dah tak payah layan saya membebel banyak-banyak.Jom kita layan resepinya.
Terima kasih ya Ita sebab kongsi resepi ni.Akak copy paste jer ni.

1 cawan gula pasir
1 cawan air
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus.Pastikan gula sudah benar-benar 'hangus' dan mula berbuih sebelum memasukkan air.Masak sebentar lagi sehingga semuanya cair.

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak -Saya guna minyak canola
2 sudu besar marjerin-Saya suka guna majerin cap pelangi sebab teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.


  1. Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut. Kemudian sejukkan.
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.


Masukkan adunan hingga 3/4 acuan sahaja

Dia naik gubus-gebas gitu...

Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.Saya cuma kukus selama 15 minit kerana menggunakan acuan yang kecil.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

3 beradik.hehehe

Inside view sikit.
~Bon appetite~


Wednesday, August 17, 2011

Apam Pisang Marbel

Hari ini nak kongsi apam pisang marbel(memang sengaja eja gitu hehehe),Saya buat Ahad lepas bila dikunjungi anak-anak sepupu dan seorang bekas pelajar saya. 
Hasilnya sungguh memuaskan.Gebu,comel dan mekar.





Jom tengok resepinya.Saya telah ubahsuai sedikit.Nak tengok resepi asal boleh lah pergi ke ke MyResepi


·                     2 cawan tepung gandum - diayak 
·                     1 sudu teh soda bikarbonat - diayak
·                     1 sudu teh baking powder - diayak
·                     1 sudu makan serbuk koko - 
·                     1 sudu teh garam
·                     1 cawan pisang - dilecek
·                     1 cawan minyak masak
·                     1 1/2 cawan gula perang 
·                     2 biji telur - dipukul
·              Sedikit air jika nampak adunan pekat.


Cara membuatnya :
  1.      Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  2.   Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 
  3.  Pukul gula dengan telur sehingga kembang. 
  4.  Satukan garam, pisang yang dilenyek, minyak masak, gula dan telur yang telah dipukul dalam bekas lain dan sebatikan. Tuang kedalam bahan-bahan yang diayak tadi dan sebatikan. Kacau dengan whisk. Cedokkan suku adunan dan sebatikan dengan 1 sudu besar serbuk coklat dan masukkan dalam piping beg.  
  5.  Masukkan dalam acuan kecil ( Paipkan adunan apam pisang yang plain ke dalam paper cup yang dimasukkan dalam acuan lompang dan kemudian baru paipkan adunan apam pisang coklat atasnya,Masukkannya ke dalam sikit ) Boleh juga cedok guna sudu......dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. 
  6. Kukus dengan api yang kuat untuk mendapatkan apam yang mekar.

Menghasilkan lebih kurang 35 biji apam


Monday, August 15, 2011

Apam salju

Sabtu lepas saya dan anak-anak berbuka di rumah mak saya di Keramat.Kami dah plan hendak ke Masjid UIA malam tu untuk solat Terawih.Rasa sangat rindu sebab lama tak pergi.4 tahun berturut-turut kami menjadi pengunjung setia masjid ini.Tahun ini dek kerana jarak(setelah berpindah sepenuhnya ke Bukit Jelutong) tak dapat la kami ke sana lagi.
Macam-macam bekal saya bawa ke rumah mak saya haritu.Antaranya apam salju ni.Umamah dah berapa hari minta dibuatkan.Jadi kerana meraikan dia yang belum tinggal puasa saya pun buatlah.Banyak hasilnya jadi saya bawa ke masjid untuk dibahagi-bahagikan bersama jemaah.

 Jom tengok resepinya.


3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan nasi
3 cawan air
1 3/4 cawan gula
1 paket yis segera


1/2 biji kelapa parut putih putih
sedikit garam


Cara-caranya:


  1. Satukan tepung,gula dan yis ke dalam bekas.Asingkan
  2. Kisar nasi dan air hingga lumat.Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati
  3. Perapkan adunan selama 1 jam.
  4. Kukus di dalam adunan yang telah disapu minyak atau panaskan adunan dahulu untuk mengelakkannya melekat.
  5. Kukus selama 10-15 minit.
  6. Sejukkan betul-betul sebelum dikeluarkan
  7. Makan bersama kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam.



Tuesday, July 19, 2011

Apam Beras Lagi!

Demam kuning melanda minggu lepas dan setiap hari saya akan membuat 1 kueh kuning.Dah beralih mood dari meroti ke membuat kueh Melayu.Jadi saya mulakan dengan membuat apam beras sekali lagi.Kali ini saya tambajhkan airnya dari resepi asal.Ternyata hasilnya cukup memuaskan kerana hasilnya lebih lembut.
Boleh lihat resepinya di sini.
Buat dalam bekas lompang.Pastikan bekas dipanaskan dahulu dalam kukusan sebelum memasukkan adunan.


Sebahagiannya saya letak dalam bekas apam

Dimakan dengan kelapa parut putih yang dicampur garam.Enak!

Sunday, July 17, 2011

Apam Pisang Cokelat/ Chocolate Banana Apams

Assalamu'alaikum semua dan salam sejahtera.
Semalam kami sekeluarga telah mengahdhiri kenduri sepupu saya di Sungai Petani,Kedah.
Bertolak dari rumah pada jam 8.30 pagi dan sampai sana jam 12.Pusing-pusing cari jalan nak ke rumahnya(boleh pulak silap jalan sebab dah lama tak ke sana) dan tiba di rumah pakcik saya pada jam 12.30 tengahari.Terus dibawa makan dan selepas makan berjumpa saudara-mara yang lama tak ketemu lalu bertolak pulang jam 2.30 petang.Ada seorang saudara memberi kami pisang dan rambutan.Apa lagi,hari ini saya mengodek mencari resepi kueh yang menggunakan pisang.Tak larat nak makan muffins dah.Badan pulak terasa amat penatnya jadi saya memilih untuk membuat apam ini.Mudah ringkas namun sangat menyelerakan.
Jom lita lihat resepinya.
Sumber asal dari Myresepi.org
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum   2 cups of flour
2 sb serbuk koko             2 tbs of cocoa powder
1 st soda bikarbonat         1 tsp of soda bicarbonate
1 st serbuk penaik            1 tsp of baking powder
1 st garam                        1 tsp of salt
1 cawan pisang lenyek      1 cup of mashed bananas
1 cawan minyak masak (Saya guna 3/4 cawan sahaja)   1 cup vege oil (I used 3/4 cup)
1 1/2 cawan gula perang    1 1/2 cup brown sugar
2 biji telur                           2 eggs


Caranya Method
  1. Panaskan kukusan.Heat the steamer
  2. Ayak tepung gandum,serbuk penaik,soda dan serbuk koko. Sift flour,soda bicarbonate,baking powder and cocoa powder into a bowl.
  3. Dalam bekas lain pukul telur dengan gula perang kemudian masukkan minyak dan akhir sekali pisang yang telah dilenyek.Kacau hingga sebati.In another bowl whisk eggs and brown sugar.Then add in oil and lastly the mashed bananas until well blended.
  4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kaup-balikkan sehingga sebati.Put the wet ingredients into the wet ingredients and mix well.
  5. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 15-20 minit dengan api yang besar.Put batter into small cups and steam for about 15-20 minutes on high fire.

Friday, July 8, 2011

Steamed Yogurt Apam/Apam Yogurt

Assalamualaikum everyone.Just haven't been myself lately.Sometimes I feel so unenergetic.But I still needed to cook.What with mum-in-law in the house.So I started looking round for something to make for tea.I got tempted looking at pictures of this apam so decided to give it a try.
 Ingredients:
  • 2 cups castor sugar(you can put less if you want it less sweet)
  • 1 tsp ovelette
  • 2 cups flour
  • 1 cup plain yogurt
  • 2 eggs
  • 1/2 tsp double action baking powder
  • 1 tsp cocoa powder
  • 1 tsp chocolate emulco

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan gula castor (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
  • 1 st ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko
  • 1 st coklat emulco
Method:
  1. Beat the eggs and sugar untill fluffy and light.It will turn to pale yellow.
  2. Add in yogurt,ovellette and vanilla essence.Beat again untill well mixed.
  3. In another bowl,sift flour with baking powder.Then add the wet ingredients into the wet ingredients.
  4. Stir well untill all ingredients are well blended.
  5. Scoop about 5 tbsp and put it in a separate bowl.add to it the cocoa powder and the chocolate emulco.Stir well.
  6. Put the batter in a muffin cup about 3/4 full. Just drop in a small portion of the chocolate batter on top.
  7. Steam on high fire.Make sure the steamer is boiling hot before placing the muffin cups.
  8. steam for about 15 minutes.

Caranya:
  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang dan bertukar warna putih pucat dan pekat beralun.
  2.  Masukkan yogurt,ovellete dan esen vanila, pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  4. Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan coklat emulco, gaul sebati.
  5. Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
  6. Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi. Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...(ada jugak yang tak tersenyum kadang tu,tapi rasanya pasti sedap)



Tuesday, July 5, 2011

Rice Apam

Assalamu'alaikum everyone,
What a day today.Extremely busy and stressing morning.But then I still managed to make these with HIS grace.
Getting out from the normal baking I suppose.
So lets see the ingredients.

2 cups of rice
2 cups of flour
2 cups of rice flour
1 cup brown sugar
3/4 cups white sugar
2 1/2 cups water ( I used 3 cups and found the texture much softer)
1 tsp dried active yeast
grated coconut and salt


Method:
  1. Blend rice and water well.
  2. Add brown and white sugat to the mixture.
  3. In another bowl add flour.rice flour and yeast.
  4. Add in the blended miture. Stir and mix well.
  5. Leave for 3 hours.
  6. Put in small bowls and steam for 15 minutes.
  7. Eat with grated coconut mixed with salt.

Bon apetite~