Showing posts with label Nasi/Rice. Show all posts
Showing posts with label Nasi/Rice. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Nasi Mandiy Kambing (Laham Mandiy)-Versi Sakinah Omar

Selamat berpuasa semua.Lama sangat tak update blog ni.
Saya nak kongsi hari ini resepi Nasi Mandi Daging Kambing (Laham Mandiy).Saya seperti biasa 'search' dulu di internet.Menonton video dan membaca resepi-resepi yang berbeza.Banyak juga versi yang ada.Saya ambil yang paling mudah je.Dan olahkan ikut selera kami.Hehehe.
Ni rupa dia. 
Jom kita tengok resepinya.
Stok tulang
1 peha daging kambing (potong mengikut saiz yang anda mahu)
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga cengkih
15 biji lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pala (diketuk)
3 helai bay leaves
1 inci halia (diketuk)
Rebus tulang & daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. 
Setelah daging lembut asingkannya ke dalam satu bekas.

Bahan-bahan untuk daging kambing
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato besar dipotong dadu
1 sdb rempah Kabsah
Gorengkan kedua bahan-bahan ini dengan sedikit minyak sehingga layu.Setelah layu (tak perlu garing) keluarkan dan tumbuk.Lumurkan ke daging tadi beserta rempah Kabsah.
Untuk membuat rempah Kabsah bolehlah lihat resepinya di sini.
Kemudian masukkan ke dalam bekas dan bakar dalam ketuhar 200C untuk 30 minit.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMZRXQTW-zc5cVOM_Y7O96FlgvGouBYTjHAvMfrasQpp5bKMD5OYMqDJ2NifOpYsxcgj4IF3ZNom_sMRZRaJt6SynPxENEl8BUcC4lJzu6cgU4_bENLai42S7Tox29nu1qI3jmRjfVyxA/s320/20120727_174720.jpg
Setelah dilumur bawang dan tomato goreng yang ditumbuk beserta rempah Kabsah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9W4KOsa5pVnLkGA5ygL9qHojoE0PAn2h2g_MRyndbtDFoP5CrFtR4E3JgmVFUsaOa5-Tp9c7xrwX11VDVbb5eCwb7bxChragDAeJV6WIMh5vcw11mMbwA8Y5U4UPq_AMAgs2UsiAYvmQ/s320/20120727_175125.jpg
Dibakar untuk menambah aroma

Nasi
1 kg beras basmathi
stok tulang secukupnya
2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun/mentega
1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
Garam 
Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan bahan tumis, garam, beras basmathi dan stok tulang.Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu.Bila air sudah kering bolehlah titikkan sedikit pewarna kuning.Jangan kacau nasi lagi sekarang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjokeMjHa2BC-BX40LR-8W38FPtpzi8XP10nkXisH3SBaNQVhoFbPFYQ4OIgqzsjYR6dDvxlo4GQY7i78C-buyGcd6wNJ5vhsWpEW5wVpA4ytEEku2D2l1CPw-9PUbJnepEqjEAs_4dTs/s320/20120727_181205.jpg


Akhir sekali,panaskan beberapa ketul arang.Masukkan daging yang sudah siap dibakar ke dalam nasi.Masukkan satu mangkuk kecil dari aluminium ke atas nasi.Atau gunakan foil untuk bentukkan seperti mangkuk.Masukkan sedikit minyak ke dalam mangkuk tersebut.Bila arang sudah siap dibakar masukkan ke dalam mangkuk yang berisi minyak tadi.Asap akan terhasil.Tutup periuk nasi rapat-rapat dan biarkan asap meliputi nasi dan daging.Ini akan memberi rasa yang istimewa pada nasi.
Boleh lihat video bagaimana melakukan proses ini.
Perahkan limau nipis dan masukkan garam secukupnya


Salatah
Timun
Tomato
Asam limau
Garam secukupnya
Potong tomato dan timun menjadi kiub-kiub kecil.Gaulkan bersama asam limau dan garam.

Nasi ini sedap dimakan dengan sup (gunakan lebihan air rebusan tadi) sambal dan salatah.

Selamat mencuba

Sunday, August 7, 2011

Nasi terbalik-Ruz maqlubah-Upside down rice

Anak-anak pulang ke rumah minggu ini.Jenuh Umminya memikirkan sesuatu yang istimewa untuk dimasak.Akhir sekali dapat ilham nak buat Ruz Maqlubah atau Nasi Terbalik.Kenapa ianya dipanggil Nasi Terbalik?Sebab ianya diterbalikkan dari periuk apabila nak dihidangkan.Ahaks.
Resepinya bolehlah dilihat di sini.
Cuma kali ini saya menggunakan daging.Saya rebus daging hingga empuk.Kemudian saya tumis bawang besar dan sedikit bawang putih.Kemudian saya masukkan rempah Maqlubah dan masukkan daging dan juga rebusannya.Saya bernasib baik kerana anak angkat saya Shukriah Ismail yang sedang belajar Dentistry di Jordan telah menghadiahkannya kepada saya rempahnya sewaktu beliau berkunjung ke rumah 2 bulan lepas.Thanks Shuk!
Sayur biar banyak.Dan lapiskan semua bahagian bawah dengan terung.Saya dapati terung tidak melekat ke punggung periuk berbanding kentang.
Layerkan sayuran kemudian beras Basmathi yang telah direndam.Tekan-tekan sikit beras tu supaya mampat.Air biar lebih sikit dari beras sahaja.Masak dengan api yang perlahan lebih kurang 45 minit.Ini ialah kerana kita tak mahu semua sayuran bersepah jika air mendidih.

Maaf kualiti gambar yang kurang baik.Jurugambar pun masih amatur lagi.



Kali ini saya makan nasi ini dengan Acar timun Yogurt.Mudah aje.Sagat timun,masukkan yogurt dan sedikit garam dan lada hitam.Nak tambah umph boleh letak daun pudina sikit.Tak ketinggalan sambal tomato.

Saya goreng badam hiris dan kismis sebagai hiasan.Nak letak banyak lagi tapi anak-anak plak tak suka.Huhuhu.

Boleh juga lihat di sini.