Showing posts with label Kuih-muih Melayu. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih Melayu. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Talam Sagu


Dah lama teringin nak buat Talam Sagu ni.Ada je hal ataupun sibuk menerai buat kek.Tapi harini tekad untuk buat jugak.Dan sangat puas hati sebab semua orang suka.Sekejap je habis setalam.
Cuma saya teralit sikit dan terlebih kukus lapisan atas sambil dia melimpah-ruah.Tapi bila dia sejuk dia OK jer.
Saya amik resepi kat sini.Thanks ya!









Bahan-bahan lapisan bawah
2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1 cawan gula pasir
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya

Cara membuat

  1. Sapu acuan dengan minyak dulu.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  3. Masak dalam periuk dengan api yang kecil kemudian masukkan ke dalam loyang untuk dikukus.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
  5. Letak adunan lapisan atas.

Bahan-bahan lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Cara membuat
  1. Gaulkan semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
  4. Kukus lagi lagi selama 20 minit.

Lebih sedap dimakan sejuk

Friday, August 12, 2011

Talam Ubikayu Gula Merah

Ini adalah salah satu kueh yang telah saya cuba beberapa minggu yang lepas tapi tak sempat nak update.Hari itu saya ke pasar dan ternampak ubikayu yang cantik-cantik gebunya.Teringan pulak nak makan talam ubikayu dengan gula merah.Godek-godek resepi akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi dari dapur Kak Raihan.Sedap dan sangat memuaskan hati.Cubalah!

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
2 cawan ubi kayu siap diparut halus
1/2 cawan air gula melaka (1/2 keping gula melaka dimasak dengan 1/2 cawan air)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir

Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus.
  2.  Gaul sebati semua bahan didalam mangkuk. 
  3. Ratakan ke dalam loyang berukuran 7/ 8 inci. 
  4. Kukus 15 minit dengan api kuat.
Sementara itu sediakan lapisan atas:
2 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam

Cara membuatnya:
  1. Bancuh rata semua bahan dengan whisk. 
  2. Apabila lapisan bawah masak, tapiskan adunan lapisan atas dan kukus lagi 15 minit. 
  3. Apabila masak, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dihidang..

Wednesday, August 10, 2011

Kuih Qasidah Kedah

Assalamualaikum,
Baru pulang dari klinik kerana pening-pening loya.Tak...saya tak hamil!Cuma kurang tidur menyebabkan saya jadi begini.Bukan tak tidur langsung.Tidur je,cuma tidur tu tidak berkualiti.
Tapi sekarang lebih baik.Teringin pula rasanya nak buat kuih ni.Lagi pun rasanya mak mertua saya dah lama tak makan sedangkan dia suka kuih ni.Apa salah mencuba kan?Jadi tak jadi belakang kira..
Kuih ini rasanya berasal dari Kedah sebab saya tak pernah jumpa kuih ni kat tempat lain.Ahaks.
Jom layan resepinya.Saya ambil dari dapur Puan Raihan.Terimakasih ya.

Bahan-bahannya.
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam (sedikit je)
1 sudu teh air kapur- cair


Bahan untuk ditabur:
5 ulas bawang merah ros, dihiris nipis

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk. Gunakan api perlahan.

2. Kacau sentiasa adunan di atas api sehingga adunan pekat dan berkilat.
3. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Sejukkan 30 minit.

4. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng bawang hingga keperangan. Tuang bawang dan minyaknya sekali ke atas kuih yang telah disejukkan tadi. Masukkan ke dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidang.



Tuesday, August 2, 2011

Bingka Ubi Kayu

Sewaktu ke pasar pagi itu saya terpandang ubi kayu yang berlonggok.Teringin pula nak buat bingka detik hati saya.pulang je ke rumah mula la saya godek mencari resepi yang sesuai
Jom layan.
                    
Bahan-bahannya:
3 cwn ubi parut & perah jusnya(saya perah sedikit sahaja)
2 1/2 cawan santan.Masak dan tapis
1 1/2 cawan gula merah  atau1 1/2 cawan gula pasir
kalau menggunakan ubi kayu putih,maka titikkan sedikit pewarna kuning.

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua dalam mangkuk besar & kacau biar sebati .
  2. Campurkan secubit garam. 
  3. Lepas itu tuangkan ke dalam loyang.
  4. Bakar selama lebih kurang 1 jam pada suhu 180C

Talam Pisang

Salah satu resepi kuih Melayu yang telah saya cuba baru-baru ini adalah kuih Talam Pisang.Memang sedap sungguh.lembut tetapi masih utuh dan cantik bila dipotong.Sehinggakan seorang mak sepupu saya menempahnya baru-baru ini.Semalam pula saya membuat satu adunan dan bila siap membahagi-bahagikan kepada jiran tetangga sempena bulan Ramadhan yang mulia.
Jom kita layan resepinya.
Bahan-bahannya:

Bahan lapisan bawah:
3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan pisang dilecek
Garam secukupnya
Caranya:
  1. Semua bahan kecuali pisang lecek disatukan dan ditapis. Masak diatas api perlahan, Masukkan pisang lecek.
  2. Bila nampak naik wap atau sedikit pekat masukkan kedalam loyang.
  3. Kukus dalam 15 minit.
Bahan lapisan atas:
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
Sedikit pewarna kuning
Garam secukupnya
Cara-caranya:
  1. Semua bahan disatukan dan ditapis. Masak diatas api perlahan.
  2. Bila nampak wap naik masukkan keatas lapisan pisang tadi. Sebelum itu carik dengan garfu diatas lapisan pisang tadi.
  3. Tuang adunan keatas lapisan pisang dan tutup.
  4. Kukus lagi dalam 20 minit.
  5. Sejukkan baru dipotong.

Talam Kastad Jagung

Assalamualaikum semua.
Lama sungguh saya tak update 'dapur' saya ni. Bukan tak memasak. dah macam terlebih rajin dari biasa dah sekarang ni(naik risau plak) tapi tak sempat nak letak resepinya di sini.Sekadar kongsi di FB dan buat frens FB sakit jiwa tengok hari-hari ada jer kuih yang nak dibuatnya. Hehehe.
Jom kita lihat antara kuh-kuih yang telah saya cuba.Kebelakangan ni suka plak nak mencuba kuih Melayu.Dan saya suka menjengah dapur Kak Zalinah untuk mendapatkan stok resepi-resepi kuih-muih kerana rata-rata resepinya menjadi.


Bahan-bahan untuk lapisan bawah
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
3 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1 cawan jagung krim dalam tin
Pewarna kuning
Sedikit garam
Caranya:

  1. Panaskan loyang dalam pengukus. Alaskan plastik.
  2. Semuan bahan dsatukan kecuali jagung krim. Tapiskan.
  3. Masak adunan yang telah ditapis dan jagung ke dalam periuk dan kacau hingga keluar wap.
  4. Tuang kedalam loyang dan kukus.
Bahan-bahan utk lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung sagu
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat
2 biji telur
1/4 cawan gula
Pewarna hijau pandan



Caranya:
  1. Sedikit garam.
  2. Semua bahan disatukan kemudian ditapis.
  3. Masukkan kedalam periuk dan kacau hingga keluar wap.
  4. Tuang keatas lapisan bawah tadi. Sebelum itu digaris-gariskan dgn garfu diatas permukaan kuih itu.
  5. Kukus selama 20 minit hingga masak.
  6. Apabila masak, sejukkan betul-betul dahulu sebelum dipotong.
  7. Sedia dihidang.